Awan tak suka menunggu.
Awan benci menunggu.
Tapi, Awan masih mampu bersabar.
Dan bersabar sebenarnya mengajar Awan mengawal emosi terkilan.
Hanya terkilan, bukannya marah.
Awan tiada hak untuk marah.
Mungkin dia mempunyai sebab-musabab tertentu sehingga membuatkan Awan perlu menunggu.
Namun, apabila terlalu lama menunggu, Awan jadi lelah.
Awan jadi tidak menghiraukan segalanya.
Apa nak jadi, jadilah.
Bila dia muncul, Awan rasa ingin menjauhkan diri.
Merajuk?
Hmm...mungkinlah. Hanya beberapa jam.(^_^)
Sekarang Awan dah ok.
Biarkan segalanya berlaku seperti sediakala.
Awan maafkan anda.
Dan akan sentiasa memaafkan anda
Kerana kita adalah sahabat :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan